Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Keputusan RAE 2/2009

Nampaknya, sudah lebih sebulan RAE 2/2009 berakhir, namun keputusannya belum mucul tiba. Berdebar rasanya menanti keputusan yang akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM-MCMC). Berdasarkan kepada semakan rekod yang lepas-lepas, keputusan RAE kebiasaannya akan disiarkan oleh pihak MCMC dalam tempoh lebih kurang enam minggu setelah peperiksaan berlangsung. Itu berdasarkan kepada peperiksaan yang dijalankan sebanyak dua kali dalam setahun. Tetapi pada tahun ini, dikatakan RAE akan diadakan sebanyak empat kali.

Jumlah peperiksaan yang lebih kerap ini disebabkan pihak MCMC dikatakan untuk memberi lebih peluang kepada para peminat radio amatur untuk mendapatkan lesen yang sah sebagai pengendali peralatan radio amatur. Bagus juga, memandangkan pengguna radio amatur sudah tentunya terikat dengan berbagai syarat dan peraturan dalam pengendaliannya. Namun begitu, ada juga penggemar hobi ini mengikuti kelab atau persatuan yang mengendalikan rangkaian radio komersil seperti PRADAS, SCS dan sebagainya. Tetapi jika difikirkan untuk kepuasan yang maksimum dalam hobi ini, adalah lebih baik jika memiliki lesen sebagai pengguna radio amatur yang sah dari pihak berwajib.

Tak apalah, bersabar saja, tunggu dan lihat apa keputusannya nanti, mungkin dalam seminggu dua ini jika bedasarkan kepada rekod-rekod yang lepas.

Wednesday, December 16, 2009

RAE 2/2009 - SACC Shah Alam

Petang tadi, 16/12/2009 tibalah kemuncak mendebarkan bagi para swl yang merupakan calon RAE 2/2009 pada tahun ini. Seawal jam 11.00 pagi, beberapa calon telah mula berlegar-legar di sekitar SACC bersama-sama dengan kelab atau lokalan masing-masing.

Lokalan ADACR47 turut dihadiri oleh cikgu-cikgu yang berkaliber serta penasihat (9w2JQQ-Pak Razif) yang juga tidak ketinggalan turut sama hadir untuk memberi semangat kepada para calon RAE khususnya swl adarc47. Keseluruhannya kira-kira lebih 500 calon yang hadir untuk beradu nasib pada kali ini. Hampir jam 2.00 petang pintu Hall 1 & 2 dibuka kepada calon dan masing-masing melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan amat bersemangat dan menaruh harapan tinggi untuk mendapat kelulusan.

Jam 2.05 petang, peperiksaan bermula dan seawal jam 3.10 petang, beberapa calon telah mula keluar meninggalkan dewan, memang mereka ini hebat. Berdebar juga rasanya bila melihat sebilangan calon sudah siap menjawab kertas jawapan mereka. Soalan-soalan kali ini rasanya banyak berkisar tentang teknikal iaitu kira-kira 60%, tetapi berkat final revision malam tadi di Restoran BRJ Alam Damai yang dikendalikan oleh 9w2BMX, 9w2WPG, 9w2SAQ, 9w2NTT, 9w2YSF, 9w2NDS, 9w2BJT dan 9w2TBC serta tidak ketinggalan orang besar 9w2UWR (lagi hensem), soalan pada kali ini rasanya boleh dijawab dengan mudah. Habis saja revision jam 12.30 pagi, bersambung pula tajuk lain sampai jam 3.00 pagi. Mudah-mudahan dengan berkat usaha serta sokongan padu rakan-rakan, akan beroleh keputusan yang diharapkan dalam tempoh sebulan/dua akan datang. Amin... Tak lupa juga rujukan yang dibuat berdasarkan nota online oleh Pak Nik serta latih tubi di MyCallsign.
Boy dah nak terbang ni

sebelum masuk dewan

selepas
 
bincang-bincang... sempat lagi. si baju merah swl nick, powerrr, jam 3.10 dah keluar  
9m2RIE
 
9w2JQQ - Pak Razif (penasihat adarc47)

9w2TBC boleh gelak-gelak, muka swl ni macam risau jee

xyl 9w2BMX - 9w2BMQ dan harmonic pun datang bagi semangat
 
9w2WPG - Pengurus Kanan adarc47
 
jangan garu-garu, masuk dewan jawab je, jawapan kompom ada, pilih je mana yang berkenan
suasana di ruang legar SACC
 
9w2NTT (ha, ha, ha, dengan sape tu?) BMX buat tak nampak pulak!!!


peace




termenung

Sunday, December 13, 2009

Kelas Persediaan RAE

Pada 12/12/2009 bertempat di Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan, kelas persediaan RAE 2/2009 telah berlangsung dengan anjuran V17 bersama ADARC47. Kelas sepatutnya bermula jam 8.00 pagi, walau bagaimanapun berlaku pertindihan aktiviti dengan pihak pengurusan menyebabkan  kelas ditunda pada jam 10.00 dan telah diubah tempat ke Bilik Mesyuarat tingkat 1.

Peserta seramai lebih 30 orang dari lokalan V17 dan V47 telah mengikuti penerangan serta taklimat yang dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar yang berkebolehan dan berpengalaman iaitu Ustaz Fadzil (9w2SMF) dan 9m2PRO. Peserta kelas pada kali ini juga turut bertuah kerana Pak Rashid (9m2RS) turut hadir memberi semangat dan kata-kata peransang kepada peserta. Pak Rashid juga turut menceritakan tentang latar-belakang dan perkembangan berkaitan radio amateur di Malaysia dan juga pengalaman-pengalaman beliau sepanjang terlibat dengan hobi ini.

Semasa waktu rehat, peserta juga turut didedahkan dengan peralatan-peralatan seperti radio, antena dan berbagai barangan radio amateur yang dibawa oleh rakan lokalan V17. 9w2UWR, 9w2TBC, 9w2GFA dan 9m2RIE  dari lokalan v47  turut hadir memberi sokongan kepada peserta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9w2WPG (BOY) yang bertungkus-lumus menjayakan kelas ini bagi rakan-rakan swl lokalan adarc47. Kelas berakhir dengan jayanya hampir jam 7.00 malam.

9m2RS - Pak Rashid

9w2SMF - Ustaz Fadzil
di bawah ini beberapa keping gambar para peserta yang hadir mengikuti Kelas Persediaan bagi RAE 2/2009



Friday, December 4, 2009

Demam RAE 2/2009

RAE 2/2009, iaitu ujian untuk mendapatkan lesen radio amatur dah tak berapa lama lagi, dijangkakan pada 16/12/2009. Kalau mengikut surat yang diterima dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC), akan berlangsung bermula jam 1400 hingga 1700 di Hall 1 & 2, Ground Floor, SACC Convention Center di Shah Alam. Debarannya makin terasa, kurang dari 2 minggu lagi, nak kena berjuang di sana, nak kena jawab soalan objektif je sebenarnya, tapi kalau dah nama ujian, mestilah, kalau tak banyak, sikit pun ada debarannya. Walaupun nampak macam senang, ini yang kena berhati-hati, sesuatu yang senang atau mudah cukup cepat terlepas pandang dan diambil ringan.

Untuk persediaan RAE ni, ramai rakan-rakan lokalan V47 yang sedia membantu dan memberi tunjuk ajar, diantaranya Abang Adi (9w2BCT), Abang Man (9w2BMX) disamping rakan-rakan yang lain 9w2UWR, 9w2MHJ, 9w2NDS, 9w2BJT dan ramai lagi, dan yang paling aktif berusaha BOY (9w2WPG) yang mengaturkan rakan-rakan untuk masuk kelas persediaan RAE di Pusat Kokurikulum Wilayah yang dijadualkan pada 12/12/2009. Menarik tarikh tu, lagipun dalam tempoh masa empat hari sebelum SWL menduduki RAE, maka akan tentu sekali akan lebih menyegarkan ingatan tentang modul-modul atau sukatan RAE. Kalau lama sangat, tentu hilang formula-formula atau kaedah-kaedah serta panduan untuk menjawab soalan nanti, maklumlah otak dah berkarat. Juga tak dilupakan Pak Usop (9w2YSF) yang sudi menyedia dan menyiapkan antena MOXON untuk mempastikan rakan-rakan SWL dapat mengikuti revision on the air.

Adalah diharapkan dengan bantuan, sokongan, galakan serta tunjuk ajar rakan-rakan semua, maka didoakan agar dapat menduduki RAE ni dengan bersemangat dan menghasilkan keputusan yang diharapkan, iaitu LULUS dan sekaligus akan melayakkan untuk memohon AA dari MCMC. Dah dapat AA barulah syok, bolehlah memancar untuk QSO dengan rakan-rakan HAM terutamanya di lokalan V47 dan dengan rakan tak kira di mana saja di Malaysia ni.

APRS:291215

FLAG COUNTER

free counters

9W2SPA Contact Stations 1

9M2AIR – ex 9w2NTT HALIM (V47)
9M2AIS – ex 9w2BuJaT (28.02.2010 - V47)
9M2AU – PAK AZIZ (06.03.2010 - V47)
9M2AUR – AIMIL (28.03.2010 - V47 - echolink)
9M2LMF - ex 9w2LMF BEN PUCHONG (01.03.2010 - V47)
9M2RIE – AMRI (07.04.2010 - V47)
9M2YRS - PAK YUP (21.12.2010 - 9M4RGH)

9W2AAA – KELVIN Tmn Pertama Cheras (V47)
9W2AAO – HADI Segamat (10.04.2010 - 9WG318)
9W2ABW – ABG WAHAB – LABIS (9M4RBC)
9W2AKY – ZAKI S/ALAM (08.03.2010 - V47)
9W2ALI – AFANDI KB (15.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ARD – FARID (16.04.2010 - 9M4RES)

9W2BBM – USTAZ BAHAR (9M4RAC)
9W2BCT – ABG ADI KAJANG (01.03.2010 - V47)
9W2BDY – YUZDY TG KARANG
9W2BEJ – FARID – SEMENYIH
9W2BHZ – MOON Setiawangsa (V47)
9W2BIG – AMIR RAWANG (9WG318)
9W2BJG – ABG JOE Bdr Sri Damansara (V47)
9W2BJL – KANG JALI Banting (V47)
9W2BJR – AZMAN Gombak (V47)
9W2BKE - AFIQ (08.10.2010 -V47)
9W2BKN – AZMAN Tmn Puncak Perdana (26.09.2010 - V47)
9W2BMQ – KAK TON (09.03.2010 - V47)
9W2BMT – AZMI SEREMBAN (30.08.2010 - V47)
9W2BMX – MAN BOTAK (01.03.2010 - V47)
9W2BMY - HAIZAN (ABG BO) Dengkil (17.10.2010 - 9M4RGH)

9W2CAE – CAE Semenyih (V47)
9W2CIG – ASHRAF (mobile - V40)
9W2CNC – PAK NAZAN JERTIH (9M4RAC)
9W2CPW –CHIA BOON SAN (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2CWB – AMRAN
9W2CYB – YUSMANIZAM

9W2DAE – POK LOH JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2DGA – DIN MEGA Mantin (11.04.2010 - 9WG318)
9W2DIL – FADIL (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DIQ – SIDIK SG BESAR

9W2DJM – PAK DIN (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DNH – WAN MOHD NAZI (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DYA – CIKGU JOJET (06.03.2010 - V47)
9W2DZY – CIKGU ZUL TUMPAT (16.03.2010 - 9M4RDA)

9W2ECC – MAT SALME (30.03.2010 - V47)
9W2EDK – EDY S/ALAM (V47)
9W2EGG – MAHADIZAN (Abg Beca) (21.11.2010 - V47)
9W2END – FIRDAUS DAMANSARA (V47)
9W2ENZ – HAIRI – SG. LONG
9W2EZR – KAMAL (21.03.2010 - 9WG318)

9W2FJO – JOE PUTRAJAYA (04.04.2010 - V47)
9W2FLD – HANIF JENGKA (9M4RGH)
9W2FLL – NASHRUWAN TAIPING (02.04.2010 - 9WG318)
9W2FLO - (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2FSW – FADLI
9W2FWA – AZLA Pekan Bt 14 Ulu Langat (23.01.2011 - V33)

9W2GFA – CIKGU FIRDAUS (01.03.2010 - V47)
9W2GTI – HJ BADARUDIN Putrajaya (13.03.2010 - 9WG318)

9W2HDE - HADI Bangi (04.02.2011 - V47)
9W2HDR – SAMSUDIN (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2HDZ – NUR HIDAYAH (28.08.2010 - V47)
9W2HHX – ADAM Kuantan (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2HLL – HUZID Alor Setar (10.04.2010 - 9WG318)
9W2HLN – HASLAN
9W2HNF – HANAFI
9W2HSB – HJ SABRI Paka (9M4RAC)
9W2HSE - SABARUDIN (21.12.2010 -9M4RGH)

9W2IBO – PAK IBO Pasir Mas (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2IIZ – PAK AZIZ Jertih (11.09.2010 - 9M4RAC)
9W2IWN – IWAN TAIPING (13.03.2010 - 9WG318)

9W2JAP – PAK JABIDIN Shah Alam (21.04.2010 - 9M4RBC)
9W2JBD – HELMI Tasik Selatan (20.03.2010 - V47)
9W2JIT – PAK JIT (9M4RDA)
9W2JOB – ZAINUDIN (JEFF) (V47)
9W2JQI – MAZUKI Melaka (13.03.2010 - 9WG318)
9W2JQQ – PAK RAZIF (06.03.2010 - V47)
9W2JXR – JUNHAIRI Desa Petaling (16.03.2010 - 9M4RDA)

9W2KEY – ABE KEY (9M4RDA)
9W2KIZ – AZMAN RAWANG
9W2KJG – RIZAL (07.04.2010 - V47)
9W2KTW – SUZILMAN (15.03.2010 - 9M4RDA)

9W2LNK – NIK HASBULLAH (19.03.2010 - 9M4RDA)
9W2LPS – PAK JEMURI Kuala Lipis (9M4RGH)
9W2LST – AZLI (9M4RGH)
9W2LTM – EZAM RAZIF DAMANSARA
9W2LTT – ZUL JERTIH (9M4RAC)
9W2LXN – MAZLAN Melaka (11.04.2010 - 9WG318)

9W2MCX – SHAHRIN Melaka (9WG318)
9W2MEM - MICLE POI KIAT SING Jertih (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2MFI – FAHMY SRI DAMANSARA (07.04.2010 - V47)
9W2MHC – MAHADZER PUTRAJAYA
9W2MHJ – HATTA (06.03.2010 - V47)
9W2MHX – HALIMI MUAR (V47)
9W2MSG – SUHAIMI KLANG
9W2MXX – HAMID JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)

9W2NAK – PAK AWANG JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2NDS – NAZRI (05.03.2010 - V47)
9W2NET – AZHARI
9W2NMS – KAMAL SUBANG JAYA (V47)
9W2NSW – NASWAN (V47)
9W2NTT – => 9 M 2 A I R (12.03.2010 - V47)

9W2SPA Contact Stations 2

9W2OKT – HILMI JLN DUTA (9WG318)
9W2OKU – SHAH JLN DUTA (9WG318)
9W2ONK – ONGAH Taiping (16.04.2010 - 9WG318)
9W2OOL – HJ MD AKHIR (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ORE – AZUMI - Seri Gombak (23.01.2011 - V33)

9W2PCO – FAIZAL KLANG (V47)
9W2PDT – PAK DIN Salak Selatan (24.03.2010 - V47)
9W2PGA – JOE KAJANG (V47)
9W2PGQ – ZAM AMPANG (07.03.2010 - V47)
9W2PIA – SUPIAN JERTIH
9W2PIT – CIKGU PiT (V47)
9W2PJU – PJU (05.04.2010 - V47)
9W2PKY - NOOR ZAKI BIN SHAFIE (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2PLG – PAK LANG BERA (V47)
9W2PPH – ISMAIL SUBANG JAYA (30.03.2010 - V47)
9W2PPL – PAK KHALID BESUT (9M4RAC)
9W2PSU – FAROUK (13.03.2010 - V47)
9W2PWL – PAKWIL BESUT (9M4RAC)

9W2RDH – MOHD RAZI (07.10.2010 - V47)
9W2RES – SHAHRIL
9W2RGR – WAK SAPRAN Gombak (10.04.2010 - 9WG318)
9W2RIN – ASRUL
9W2RIQ - PAK AZMI Jertih (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2RKG – (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2RLL – PAKSU LI BESUT (9M4RAC)
9W2RLS – ROSLI
9W2RLW – SHAHRUL – JB (9WG318)
9W2RPQ – RAFIQ GOMBAK (V20)
9W2RSE – ROSEMI Panji (12.09.2010 - 9M4RDA)
9W2RVS – RAZMANI
9W2RXX - ROSYDI Bera (01.01.2011 - V47)

9W2SAQ – ZUL BOTAK (V47)
9W2SCY – HISHAM Bdr Tun Hussein Onn (V47)
9W2SEM – SALLEH JERTIH (9M4RAC)
9W2SEU – NICK (V47)
9W2SEQ – ZAINUDIN SALAK TINGGI (V47)
9W2SLA – FAIZAL KUANTAN (V40)
9W2SMO – WAN SARIFUDIN (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2SSO – SHAHNOOR KLANG GATE (V47)
9W2SYD – SYDINA KB (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2SZR - RIZAL (21.12.2010- 9M4RGH)
9W2SZS – SAMSUL JERTIH (9M4RAC)

9W2TBD – PAK TAIB SEREMBAN (10.03.2010 - NESRAC)
9W2TBJ – FIRDAUS JB (9WG318)
9W2TLJ – IJAT PUCHONG (V47)
9W2TKI – DATO’ ZAKI (V47)
9W2TRS – ROSLAN KB (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2TSE – FENDI (05.03.2010 - V47)
9W2TTX – SHAH TAIPING (9WG318)
9W2TZE – ROMZI SG BESAR (9WG318)

9W2UHF – ASMUDI Sri Gombak (V47)
9W2UMK – PAK Z P/CHEPA (9M4RDA)
9W2UTI – PAK SAYUTI Sg. Besi (V47)
9W2UWR – ANUWAR (28.02.2010 - V47)

9W2VAN – IDZUAN (13.03.2010 - 9WG318)
9W2VIZ – FAUZI MAYBANK Bdr Tun Hussein Onn (V47)
9W2VVH – CIKGU KHUSAIRI Sg. Besar (V47)
9W2VVJ – HALIM (15.03.2010 - 9M4RDA)

9W2WAE – WAN ABDULLAH KB (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2WAM – WAN ABD MAJID (13.03.2010 - 9WG318)
9W2WAX – ERMAN SERI KEMBANGAN (07.03.2010 - V47)
9W2WBB – ABD WAHAB SHAH ALAM (30.08.2010)
9W2WBW – SHAHRIL BDR SRI DAMANSARA (V47)
9W2WMT – ADI WAK (V47)
9W2WMX - ZAMRI (08.10.2010 - V 47)
9W2WNN – WAN Kuarters HKL (24.03.2010 - V47)
9W2WNP – RAFIE Jertih (11.09.2010 - 9M4RAC)
9W2WPC – BADRUL (9WG318)
9W2WPG – BOY (28.02.2010 - V47)
9W2WSS – SUPIAN (18.03.2010 - 9M4RDA)

9W2XCP – PAK AZIZ - IPOH (08.08.2010 - 9WV347)
9W2XSF – SAIFUL - SHAH ALAM (28.08.2010 - V47)
9W2XSL – ROSLI (9WG318)
9W2XSP – SHAH S/ALAM (9WG318)
9W2XSQ – SUWARDI (ADI WAK) (V47)
9W2XSS – CIKGU HALIM PUTRAJAYA (11.03.2010 - V47)
9W2XTO – OTOMEN Desa Petaling (01.04.2010 - V47)
9W2XWX – AZMIR SETAPAK (V47)
9W2XYL – HJ RAHIM (9WG318)

9W2YGC – Cikgu Yoong (12.09.2010 - 9M4RDA)
9W2YON – aYon (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2YOO – ABE AZZ (PUTRA)
9W2YRM – PAK RAJA Sg. Petani (10.04.2010 - 9WG318)
9W2YSF – PAK UCOP (24.03.2010 - V47)
9W2YSP – YUSRI Sg. Petani (10.04.2010 - 9WG318)
9W2YUP – AYOB BDR SRI DAMANSARA (V47)

9W2ZAC – MAT ZIN TAIPING (04.04.2010 - 9WG318)
9W2ZLZ – ZUL DESA MENTARI (07.03.2010 - 9WG318)
9W2ZOX – WAN (07.03.2010 - V47) / ex 9W2BOX
9W2ZPB - MAT DAUD BIN MAMAT (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2ZPU – DIN KOMBAT (10.04.2010 - V47)
9W2ZRO – AZIZI Bdr Mahkota Cheras (V47)
9W2ZWI - ZAWAWI BIN MATHASSAN (03.12.2010 - V47)
9W2ZYD – DR. ZAIDI FORENSICS Cheras Utama (25.09.2010 - V47)
9W2ZZG – MUSTAPA KB (9M4RDA)
9W2ZZO – AZIZUL (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ZZW – RAJA IBRAHIM (14.03.2010 - 9M4RDA)

9W8FRQ – FIKRI (UIA) (9M4RGH)

9W2KMT – SILENT KEY (kendalian ZAHIR) (9M4RGH)