Pada 26/11/2009, iaitu hari Khamis, bermulalah perjalanan balik ke kampung di Kelantan. Tapi sebelum tu, lebih kurang jam 10.30 pagi, dapatlah mendengar Boy (9w2WPG) QSO di jaluran V47 untuk saja-saja nak testing penerimaan antena baru yang disumbangkan oleh Pak Usop (9w2YSF), katanya jenis MOXON, powerrr. Hanya dengan menggunakan handy PUXING pancaran 5W telah berjaya juga QSO dengan Bang Adi (9w2BCT) pada malam sebelumnya dengan diselia oleh Pak Usop. OK... dah melalut pasal antena pulak dah...
Nak sambung cerita pasal balik kampung ni, bergerak dari Cheras pada jam 12.00 t/hari melalui Kepong sebab nak jemput adik ipar yang nak join konvoi, maklumlah pompuan, takut dia drive sorang-sorang. Semasa dalam perjalanan, radio ni (PUXING) amat membantu untuk terus berhubung sepanjang perjalanan dan tidak mengecewakan. Setelah sampai di tol Gombak, bermulalah pesta TANGLUNG. Sakitnya hati, sangkut dekat tol ni lebih kurang 30 minit, kemudian perjalanan ke R&R Genting Sempah mengambil masa 1jam 30 minit. Apa lagi, ambil keputusan untuk lari dari kesesakan masuk melalui jalan lama ke Bentong melalui Janda Baik. Laluan lama ni lagi seronok, dapatlah bergerak sekitar 60 - 80 km/j.
Setelah melalui Bentong, kami lari melalui jalan lama ikut Mempaga (nasib baik ada GPS). Tiba-tiba 5 buah kenderaan juga mengikut konvoi kami di belakang. Pada mulanya ingat mungkin kenderaan tersebut nak balik area situ, tapi setelah sampai Sg. Lui, masih ada di belakang. Kami meneruskan perjalanan ikut jalan lama dan tiba-tiba sahaja dah keluar ikut bulatan Benta, pehhh... ada jalan lama short-cut rupanya.
Perjalanan diteruskan dan sehinggalah selepas Kuala Lipis, bermula lagi episod pesta tanglung, nyet, nyet, nyet, hampir tiga jam. Dalam keadaan begini biasalah, maka berduyun-duyunlah pelumba F1 tak rasmi memotong di kiri dan kanan laluan macam jet, mungkin mereka ni tak sabar nak raya, biarlah. Sebelum mendaki di Bukit Tujuh, barulah diketahui punca kesesakan ini disebabkan oleh sebuah Proton PERDANA V6 yang tak cukup POWER nak bergerak, kesian, tapi dalam hati terasa juga nak marah, disebabkan V6 ni problem, habis pengguna laluan ni jem gila. Sampai di Gua Musang dah 8.30 malam, singgahlah untuk rehat dan makan kat pekan lama Gua Musang.
Perjalanan diteruskan pada jam 9.30 malam, agak lancar sehinggalah di Pahi, aduhhhh, kalu ikut dah tak jauh cuma 20km lagi ke Guchil, tapi dah melekat langsung tak bergerak. Sekali lagi dengan bantuan GPS, perjalanan ditempuhi melalui jalan lama Lata Rek ke Guchil, agak jauh sikit tapi dapatlah bergerak melalui jalan lama ni sekitar 60 - 70km/h. Sampai di Guchil, Kuala Krai jam menunjukkan dah 12.15 pagi, agak sesak di simpang tiga lampu tukar ganti, mulanya ingat di hati nak lari ikut Jalan Zoo, tapi xyl pulak tak setuju, maka ikutlah jalan biasa menghalan ke Machang. (terima kasihlah buat Bro Zuree dari mfm yang tolong buat track ni untuk Mallfreemaps)
Akhirnya dengan penuh kesabaran, maka pada jam 1.45am sampailah ke kampung, hoorayyyyy. Ceritanya di sini, bergerak secara konvoi ni, penggunaan radio amatlah besar faedahnya dan tambahan pula ada pula bantuan GPS untuk merancang perjalanan. Kalau diikutkan, jangkamasa perjalanan asal akan sampai ke destinasi lebih kurang jam 6.45 petang. Perjalanan keseluruhan kali ni mengambil masa hampir 14 jam, tapi rasanya taklah teruk sangat sebab pada tahun 2002, adalah pengalaman balik kampung yang paling memeritkan, 25 jam. Huhuhu... Cuma, rasanya mentaliti pemandu-pemandu di Malaysia ni masih di takuk lama, tak reti nak memandu secara berhemah, masing-masing mementingkan diri sendiri. sedih rasanya, huhuhu...