Pada 12/12/2009 bertempat di Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan, kelas persediaan RAE 2/2009 telah berlangsung dengan anjuran V17 bersama ADARC47. Kelas sepatutnya bermula jam 8.00 pagi, walau bagaimanapun berlaku pertindihan aktiviti dengan pihak pengurusan menyebabkan kelas ditunda pada jam 10.00 dan telah diubah tempat ke Bilik Mesyuarat tingkat 1.
Peserta seramai lebih 30 orang dari lokalan V17 dan V47 telah mengikuti penerangan serta taklimat yang dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar yang berkebolehan dan berpengalaman iaitu Ustaz Fadzil (9w2SMF) dan 9m2PRO. Peserta kelas pada kali ini juga turut bertuah kerana Pak Rashid (9m2RS) turut hadir memberi semangat dan kata-kata peransang kepada peserta. Pak Rashid juga turut menceritakan tentang latar-belakang dan perkembangan berkaitan radio amateur di Malaysia dan juga pengalaman-pengalaman beliau sepanjang terlibat dengan hobi ini.
Semasa waktu rehat, peserta juga turut didedahkan dengan peralatan-peralatan seperti radio, antena dan berbagai barangan radio amateur yang dibawa oleh rakan lokalan V17. 9w2UWR, 9w2TBC, 9w2GFA dan 9m2RIE dari lokalan v47 turut hadir memberi sokongan kepada peserta. Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9w2WPG (BOY) yang bertungkus-lumus menjayakan kelas ini bagi rakan-rakan swl lokalan adarc47. Kelas berakhir dengan jayanya hampir jam 7.00 malam.
9m2RS - Pak Rashid
9w2SMF - Ustaz Fadzil
di bawah ini beberapa keping gambar para peserta yang hadir mengikuti Kelas Persediaan bagi RAE 2/2009




