Petang tadi, 16/12/2009 tibalah kemuncak mendebarkan bagi para swl yang merupakan calon RAE 2/2009 pada tahun ini. Seawal jam 11.00 pagi, beberapa calon telah mula berlegar-legar di sekitar SACC bersama-sama dengan kelab atau lokalan masing-masing.
Lokalan ADACR47 turut dihadiri oleh cikgu-cikgu yang berkaliber serta penasihat (9w2JQQ-Pak Razif) yang juga tidak ketinggalan turut sama hadir untuk memberi semangat kepada para calon RAE khususnya swl adarc47. Keseluruhannya kira-kira lebih 500 calon yang hadir untuk beradu nasib pada kali ini. Hampir jam 2.00 petang pintu Hall 1 & 2 dibuka kepada calon dan masing-masing melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan amat bersemangat dan menaruh harapan tinggi untuk mendapat kelulusan.
Jam 2.05 petang, peperiksaan bermula dan seawal jam 3.10 petang, beberapa calon telah mula keluar meninggalkan dewan, memang mereka ini hebat. Berdebar juga rasanya bila melihat sebilangan calon sudah siap menjawab kertas jawapan mereka. Soalan-soalan kali ini rasanya banyak berkisar tentang teknikal iaitu kira-kira 60%, tetapi berkat final revision malam tadi di Restoran BRJ Alam Damai yang dikendalikan oleh 9w2BMX, 9w2WPG, 9w2SAQ, 9w2NTT, 9w2YSF, 9w2NDS, 9w2BJT dan 9w2TBC serta tidak ketinggalan orang besar 9w2UWR (lagi hensem), soalan pada kali ini rasanya boleh dijawab dengan mudah. Habis saja revision jam 12.30 pagi, bersambung pula tajuk lain sampai jam 3.00 pagi. Mudah-mudahan dengan berkat usaha serta sokongan padu rakan-rakan, akan beroleh keputusan yang diharapkan dalam tempoh sebulan/dua akan datang. Amin... Tak lupa juga rujukan yang dibuat berdasarkan nota online oleh Pak Nik serta latih tubi di MyCallsign.
Boy dah nak terbang ni
sebelum masuk dewan
selepas
9m2RIE
9w2JQQ - Pak Razif (penasihat adarc47)
9w2TBC boleh gelak-gelak, muka swl ni macam risau jee
xyl 9w2BMX - 9w2BMQ dan harmonic pun datang bagi semangat
9w2WPG - Pengurus Kanan adarc47
suasana di ruang legar SACC






