Pada malam Sabtu lepas iaitu 5hb. Mac, julung-julung kalinya sesi eyeball adarc47 diadakan di Restoran D'Penghulu, Batu 9 Cheras. Dalam sessi ini, ramai rakan-rakan telah bersama-sama berbincang mengenai perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan pada tahun ini yang antaranya berkaitan acara map reading. Ahli-ahli telah sebulat suara untuk meneruskan acara ini dan akan diatur tarikh yang bersesuaian.
Dalam sesi eyeball ini juga, 9w2WPG selaku Presiden telah mencadangkan untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi rakan swl yang telah lulus RAE bil. 2/2009 tempoh hari yang bakal diadakan di kediaman penasihat komuniti iaitu Pak Razif (9w2JQQ). Untuk itu, hasrat ini akan disampaikan sendiri oleh presiden bagi mendapatkan persetujuan dari Pak Razif.
9w2MHJ bersama 9w2LMF
9w2TSE, 9w2NTT (bakal menduduki ujian cw) dan 9w2UWR
9w2BJT, 9w2WPG, 9w2NDS, 9m2RIE & 9w2TSE
dari kiri 9w2GFA, 9w2SAQ, 9w2BCT, 9w2PSU & 9w2BOX
sesi eyeball berakhir jam 2.30 pagi

