Satu sesi eyeball bersama rakan-rakan ham selamat diadakan di restoran lebuhraya Pasir Mas pada 16/03/2010 jam 10.00 malam yang dihadiri hampir 20 stesen. Jun (9w2JXR) yang bercuti sempena melawat xyl serta harmonicnya turut hadir dan sempat beramah mesra bersama rakan-rakan lokalan dan antara yang hadir ialah Pak Din Janggut Merah (9w2DJM), aYon (9w2YON), 9w2HKS, 9w2JIT, 9w2DZY, 9w2DTS dan ramai lagi yang saya terlupa cs mereka. Semasa di Kelantan didapati repeater 9m4RDA (147.650 S-0.6 T203.5) memang laris, ramai hams-ter dari luar Kelantan akan bergabung di sini, terima kasih kepada rakan-rakan ham Kelantan dan juga 9m4RDA, ada masa, ada kelapangan boleh berjumpa lagi.
Semasa perjalanan balik kampung melalui Lebuhraya Pantai Timur pada 13/03/2010 saya sempat QSO bersama rakan semasa melepasi R&R Temerloh dengan kuasa pancaran 25 watt ke repeater Genting 9WG318 (145.700 S-0.6 T103.5). Antara rakan yang sempat QSO ialah 9w2GTI, 9w2JQI, 9w2IWN, 9w2WAM dan 9w2VAN dan terputus selepas berada hampir 30km dari Kuantan.
Seterusnya beralih ke 9MV338 Bukit Sulai (147.675 S-0.6 T103.5) sehingga ke Chukai. Selepas itu hanya monitor di simplex V40 apabila tiada respons dari repeater 9m6408 dan 9m6389. Setelah mengisi minyak di Setiu saya beralih kepada 9m4RAC (146.675 S-0.6 T85.4) dan sempat bersalaman di udara dengan rakan Besut sehingga ke Pak Badol antaranya 9w2RKG, 9w2DAE, 9w2MXX, 9w2NAK dan 9w2FLD.
Sepanjang berada di Kelantan antara stesen yang sempat QSO menerusi 9m4RDA ialah 9w2DJM, 9w2DNH, 9w2RPG, 9w2HHX, 9w2ZZW, 9w2KTW, 9w2VVJ, 9w2YON, 9w2ALI, 9w2JXR, 9w2DZY, 9w2SYD, 9w2TRS, 9w2DIL, 9w2HDR, 9w2WSS, 9w2CPW, 9w2WAE, 9w2ZZO, 9w2IBO dan 9w2LNK. Inilah cs yang sempat saya simpan untuk log. Terima kasih untuk semua rakan yang memberi laluan. Cuma pada kali ini tak sempat juga nak bersalam dengan bos anak kunci (9w2KEY-hehehe) dan Abe Azz di Pasir Puteh (9w2YOO). Jadi buat kali ni mengambil sempena kata-kata semangat Pak Din, MESRA DI UDARA, MESRA DI DARATAN, MERAPATKAN SILATURRAHIM RAKAN-RAKAN HAM, TUJUHHHH TIGAAAA - (trade mark 9w2OMP).