Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

Tips @ Panduan Untuk Penjenayah

(dipetik dari ondscene.blogspot.com)

Panduan ini adalah untuk kebaikan semua. Jadi, jangan sia-siakannya.

1. Pastikan anda membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika anda tidak membawa kad pengenalan kerana jika anda ditembak mati, sukar untuk polis mengenalpasti identiti anda. Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga anda lambat mengetahui, bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah anda. Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian anda

2. Jangan bawa kad pengenalan palsu
Ini lagi satu masalah. Jika anda gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tidor di rumah semasa anda ditangkap/tembak mati.

3. Buka topi keledar
Tahukah anda, setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika anda tiba-tiba memasuki bank/kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak, macamana nak tau yang anda adalah orang yang merompak itu. Ini mengurangkan glamor anda kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit anda untuk disiarkan oleh media.

4. Ragut cara berhemah
Jika anda terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko anda terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orangramai menangkap anda. Jadi, jika anda rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu, lupakan sajalah hasrat anda itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk anda ragut.

5. Jangan pakai sarung tangan
Tahukah anda, sarung tangan yang anda pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril . Kemungkinan jari-jari anda mendapat gatal-gatal adalah tinggi. Lagipun, anda membazir duit membeli sarung tangan itu. Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat anda yang dah ditembak itu. Suri rumah juga ada yang menggunakan sarungtangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.

6. Pastikan memandu secara berhemah
Ketika anda melarikan diri dari polis, pandulah dengan cermat. Anda akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah anda ditahan kerana merompak, nanti kesalahan anda akan bertambah-tambah – pandu laju, cuai, tiada lesen memandu, lesen memandu palsu, lesen tamat tempoh, lesen palsu, cukai jalan palsu, cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai talipinggang keledar. Jadi, pandulah dengan berhemah, kerana jika anda ditangkappun, anda dah dapat menyelamatkan diri anda dari berbagai kesalahan lain.

7. Jangan gopoh
Anda seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika anda dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, anda lari sajalah. Sekurang-kurang anda dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana anda nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.

8. Test power anda
Untuk menjadi pro, anda kena banyak latihan. Setakat anda berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, anda bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Anda cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai Polis Trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.

9. Jangan malu-malu
Jika anda ditangkap, anda adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar anda semasa anda dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macamtu. Menteripun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balairaya kampung anda 15 tahun lalu. Berbanggalah.

10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
Perancangan anda untuk merompak mungkin amat canggih. Dan anda berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah anda, semua itu dah boleh buatkan anda senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang anda bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang anda pandu nanti. Kad pengenalan pun, anda tinggalkan kerana nanti anda boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, anda angkut semua kecuali barangan yang anda bawak sebelumnya.

11. Sepakat Membawa Berkat
Jika anda berkumpulan, pastikan setiap anggota anda membawa sekeping kad. Kad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik. Tujuannya, adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika anda yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan anda menunggu di dalam kereta, kemudian anda ditembak mati. maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan anda yang melarikan diri untuk membantu siasatan. Jika anda terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan anda yang melarikan diri itu, dan akhirnya, anda sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat...

Tips Tambahan

12. JANGAN BUAT MALU

Ramai di kalangan anda berangan nak main salji, membuatkan sampai pergi merompakpun guna 'ski-mask'. Semua ni jadi bahan ketawa orangramai. Mungkin ada yang perasan mungkin nampak macam UTK (Unit Tindakan Khas) polis.Ada juga yang guna lapik tudung anak perempauan anda atau isteri semata-mata untuk menutup muka, hanya nampak mata anda sahaja. Kalau anda lemas, siapa yang susah? Betul-betul buat malu. Adalah lebih baik anda guna goggle, macam orang menyelam tu. Lebih nampak bergaya. Jika anda tak tahu macamana goggle tu, sila lawat http://www.google.com/ , cari kat google images.

Sunday, November 29, 2009

Monitoring QSO di Kelantan

Balik beraya kat kampung kali ni agak berbeza, pasal apa, hahaha, nasiblah badan, dah terjebak dengan hobi baru pula, main radio amateur. Tetapi memandangkan masih bertaraf SWL, maka sambil-sambil bertandang ke rumah sedara-mara, cuba-cubalah scan frekuensi di kawasan sekitar. Dalam duk scan tu, dapatlah monitor rakan-rakan ham di sini yang sedang QSO sesama mereka, seronok juga mendengar QSO mereka ni, macam-macam cerita dan informasi dapat diikuti.

Cerita pasal scan ni, tiba-tiba dapat pula satu frekuensi, tapi amat mengejutkan sebab sepatah haram pun tak paham, rupanya dari negara jiran HS9, jadi QSY jelah. Rasa di hati ni bergetar juga nak QSO, tapi tiada seorangpun SWL yang QSO di jaluran, maka buat keputusan, monitor je lah, nanti balik ke lokalan Alam Damai (adarV47), bolehlah monitor rakan-rakan di sana QSO dan telah banyak membantu untuk mengenali hobi radio amatur.

Masa duk melilau kat Kota Bharu waktu malam, terdengar 9w2YON dalam jalur 9m4RKB kalau tak silap, duk bagi panduan untuk rakan-rakan ham laluan ke base 9w2KEL, ada jamuan kut. Tapi memandangkan masih swl dan tak kenal, maka aku ambil sikap berdiam dirilah, nanti kang kalau duk calling-calling tak pasal-pasal kena marah swl masuk rumah orang.

Monday, November 16, 2009

Map Reading - adarc47 di Gunung Nuang

Alam Damai Amateur Radio Community V47 (adarc47) telah menjalankan aktiviti map reading pada 14 - 15 November, 2009 bertempat di Hutan Simpan Gunung Nuang. Ini merupakan aktiviti julung kali bagi V47 dan semoga aktiviti ini diteruskan untuk masa akan datang agar dapat menarik minat lebih ramai peminat-peminat radio amatur menyertainya sekaligus merapatkan hubungan silaturahim. Syabas.

panjat..
panjat lagi, kang jatuh kang budak ni...
9w2NTT & 9w2PiT (penonton acara memanjat)
Tok Guru 9w2BCT - bang adi
9w2BMX - pengarah logistik (makan-makan)
letih woo... ujan laaa...
tengok je, jangan pegang tau...
9w2WPG (boy), aaa... aaa... aaa... letak balik, letak balik, jangan pegang...
9w2FJO (joe), 9w2SAQ (abg zul)
duk mengadu domba kat bang nuar...
9w2UWR (Abg Nuar) duk dengar rintihan peserta (kena ujan daaa...)

Friday, August 21, 2009

Ibadat puasa

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalil
Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."- (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat Puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

* Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

* Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa

Puasa Wajib

1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa Kifarah.
3. Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram

Tempoh haram puasa

1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4. Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa perempuan haid & Nifas
6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan: berakal/waras; baligh (cukup umur); dan mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

* Orang Islam
* Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
* Suci daripada haid dan nifas
* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

* Berniat pada malam harinya
* Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

* Makan sahur serta melambatkannya
* Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
* Menjamu orang-orang berbuka puasa
* Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

* Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
* Muntah dengan sengaja
* Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
* Keluar darah haid atau nifas
* Gila (hilang akal)
* Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
* Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
* Murtad (keluar dari Islam)
* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara ke dalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

* Orang yang sakit .
* Orang yang berkerja buruh.
* Orang yang dalam musafir (perjalanan).
* Orang tua yang sudah lemah.
* Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.

3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Thursday, August 20, 2009

Uwais Al-Qarni

Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk Islam semasa zaman Rasulullah. Berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.

Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Rasulullah, namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Namun selepas kewafatan Rasulullah , beliau sempat berjumpa dengan Umar Al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib.

Beliau merupakan seorang pengembala kambing. Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Rasulullah bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib khalifah yang sah ketika itu dalam Perang Siffin yang diperangi Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

Biografi

Pada zaman Rasulullah, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al-Qur'an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak berkeluarga kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung hidup bersama ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran-jiran yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.

Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Rasulullah yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur.

Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Rasulullah secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui hidup mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran-jiran yang baru pulang dari Madinah. Mereka itu telah "bertamu dan bertemu" dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada yang menjaganya.

Di ceritakan ketika terjadi Pertempuran Uhud, Rasulullah mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah dapat menziarahi Rasulullah dan memandang wajah baginda dari dekat?

Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukanya dan tidak boleh ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Rasulullah di Madinah. Ibunya, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya.

Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata, "Pergilah wahai anakku! temuilah Rasulullah di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang". Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Kemudian, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Rasulullah yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Rasulullah, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais.

Segera saja Uwais menanyakan Rasulullah yang ingin dijumpainya. Namun Rasulullah tiada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Rasulullah dari medan perang.

Tapi, bilakah baginda pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit itu, agar ia cepat pulang ke Yaman," Engkau harus lekas pulang".

Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Rasulullah. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon izin kepada sayyidatina 'Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Rasulullah dan melangkah pulang dengan perasaan haru.

Sepulangnya dari perang, Rasulullah terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Rasulullah menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah, sayyidatina 'Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun. Menurut sayyidatina 'Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah SAW bersabda : "Kalau kamu ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya." Sesudah itu Rasulullah, memandang kepada sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w. dan sayyidina Umar bin Khattab r.a. dan bersabda, "Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi".

Masa terus berlalu, dan tak lama kemudian Rasulullah wafat. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Rasulullah tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Ia segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia datang bersama mereka.

Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Uwais dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa beliau ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di pinggir kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang mengerjakan sholat. Setelah mengakhiri sholatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah. Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara? "Abdullah", jawab Uwais.

Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan, "Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?" Uwais kemudian berkata, "Nama saya Uwais al-Qorni".

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, "Sayalah yang harus meminta doa dari kalian". Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, "Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda".

Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi".

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais, waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di atas kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air.

Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. "Wahai waliyullah," Tolonglah kami!" tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi, "Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!" Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillah...!"

Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal kami berserta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami, "Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat". "Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan? "Tanya kami.

"Uwais al-Qorni". Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, "Sesungguhnya harta yang ada di dalam kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian, apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" tanyanya.

"Ya, "jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qorni telah pulang ke Rahmatullah.

Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya, di sana sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, "ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari menghantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya untuk memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburnya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang.

Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang, mereka saling bertanya-tanya, "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa "Uwais al-Qorni" ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB 'SAYYID AL-SYUHADA’

Riwayat Hidup

Beliau merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW, iaitu sebelah bapa. Dilahirkan pada tahun 570 masihi, di Kota Mekah al-Mukarramah. Beliau sangat rapat dengan Rasulullah sejak kecil dan hobinya suka memanah dan memburu. Beliau pernah memukul Abu Jahal yang menampar Rasulullah SAW. Beliau juga digelar 'Asadullah' (bermaksud singa Allah) kerana keberaniannya di medan perang. Juga digelar “Sayyidus Syuhada” (penghulu orang yang mati syahid) kerana mati dalam peperangan Uhud pada tahun ke 3 hijrah dan dikebumikan berdekatan Bukit Uhud.

Sifat Peribadi

1. Sangat Menjaga Tingkahlaku

Beliau tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya.

2. Gagah dan Berani

Beliau menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy.

3. Cekal Hati dan Pantas Bertindak

Beliau ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Telah dipilih oleh Rasulullah sebagai panglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Islam.

Pengislaman Saiyidina Hamzah

Suatu hari Abu Jahal telah menghina dan mecerca Rasulullah di Bukit Safa, pada ketika Saiyidina Hamzah sedang berburu. Dalam perjalanannya pulang, beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang wanita. Saidina Hamzah sangat marah dan mencari Abu jahal yang sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya hingga berlumuran darah. Kemudian beliau berkata :" Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku silakan! telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah dan ajaran yang dibawanya adalah benar. Demi Allah aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani halanglah aku" Inilah detik pengislaman Saiyidina Hamzah. Sikap Saiyidina Hamzah ini didorong oleh perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah dan Kebenaran yang dibawa oleh baginda. Pengislamannya ini menyebabkan umat Islam semakin kuat dan dihormati, oleh itu pemimpin Quraisy tidak berani lagi menindas umat Islam sesuka hati mereka.

Sumbangan Dan Pengorbanan

- Melindungi Rasulullah SAW dari ancaman musuh.
- Menyertai semua peperangan dan memainkan peranan penting dalam peperangan.
- Banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah SWT.
- Mengambil berat tentang persaudaraan tanpa mengira kedudukan.
- Membantu perkembangan dakwah Islam hingga dihormati masyarakat luar

Saiyidina Hamzah Gugur Syahid

Beliau gugur syahid setelah ditikam dengan lembing oleh Wahsyi dalam peperangan Uhud. Hatinya dilapah oleh Hindun bt Utbah kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya.

Perang Uhud

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah diantara tentera Islam dengan tentera Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Islam pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Islam mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan perang. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa panglima perang yang lain mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Islam dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Islam menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakar as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Islam yang lain, jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Islam terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib ialah salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Setelah pulang ke Madinah, tentera Islam mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

Perang Badar

Perang Badar berlaku pada 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.

Panglima Islam

Di dalam sejarah Islam, terdapat beberapa nama besar yang menjadi Panglima didalam perjuangan dan kebangkitan Islam. Diantaranya ialah Khalid ibni al-Walid

Dikenali juga sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom.

APRS:291215

FLAG COUNTER

free counters

9W2SPA Contact Stations 1

9M2AIR – ex 9w2NTT HALIM (V47)
9M2AIS – ex 9w2BuJaT (28.02.2010 - V47)
9M2AU – PAK AZIZ (06.03.2010 - V47)
9M2AUR – AIMIL (28.03.2010 - V47 - echolink)
9M2LMF - ex 9w2LMF BEN PUCHONG (01.03.2010 - V47)
9M2RIE – AMRI (07.04.2010 - V47)
9M2YRS - PAK YUP (21.12.2010 - 9M4RGH)

9W2AAA – KELVIN Tmn Pertama Cheras (V47)
9W2AAO – HADI Segamat (10.04.2010 - 9WG318)
9W2ABW – ABG WAHAB – LABIS (9M4RBC)
9W2AKY – ZAKI S/ALAM (08.03.2010 - V47)
9W2ALI – AFANDI KB (15.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ARD – FARID (16.04.2010 - 9M4RES)

9W2BBM – USTAZ BAHAR (9M4RAC)
9W2BCT – ABG ADI KAJANG (01.03.2010 - V47)
9W2BDY – YUZDY TG KARANG
9W2BEJ – FARID – SEMENYIH
9W2BHZ – MOON Setiawangsa (V47)
9W2BIG – AMIR RAWANG (9WG318)
9W2BJG – ABG JOE Bdr Sri Damansara (V47)
9W2BJL – KANG JALI Banting (V47)
9W2BJR – AZMAN Gombak (V47)
9W2BKE - AFIQ (08.10.2010 -V47)
9W2BKN – AZMAN Tmn Puncak Perdana (26.09.2010 - V47)
9W2BMQ – KAK TON (09.03.2010 - V47)
9W2BMT – AZMI SEREMBAN (30.08.2010 - V47)
9W2BMX – MAN BOTAK (01.03.2010 - V47)
9W2BMY - HAIZAN (ABG BO) Dengkil (17.10.2010 - 9M4RGH)

9W2CAE – CAE Semenyih (V47)
9W2CIG – ASHRAF (mobile - V40)
9W2CNC – PAK NAZAN JERTIH (9M4RAC)
9W2CPW –CHIA BOON SAN (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2CWB – AMRAN
9W2CYB – YUSMANIZAM

9W2DAE – POK LOH JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2DGA – DIN MEGA Mantin (11.04.2010 - 9WG318)
9W2DIL – FADIL (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DIQ – SIDIK SG BESAR

9W2DJM – PAK DIN (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DNH – WAN MOHD NAZI (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2DYA – CIKGU JOJET (06.03.2010 - V47)
9W2DZY – CIKGU ZUL TUMPAT (16.03.2010 - 9M4RDA)

9W2ECC – MAT SALME (30.03.2010 - V47)
9W2EDK – EDY S/ALAM (V47)
9W2EGG – MAHADIZAN (Abg Beca) (21.11.2010 - V47)
9W2END – FIRDAUS DAMANSARA (V47)
9W2ENZ – HAIRI – SG. LONG
9W2EZR – KAMAL (21.03.2010 - 9WG318)

9W2FJO – JOE PUTRAJAYA (04.04.2010 - V47)
9W2FLD – HANIF JENGKA (9M4RGH)
9W2FLL – NASHRUWAN TAIPING (02.04.2010 - 9WG318)
9W2FLO - (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2FSW – FADLI
9W2FWA – AZLA Pekan Bt 14 Ulu Langat (23.01.2011 - V33)

9W2GFA – CIKGU FIRDAUS (01.03.2010 - V47)
9W2GTI – HJ BADARUDIN Putrajaya (13.03.2010 - 9WG318)

9W2HDE - HADI Bangi (04.02.2011 - V47)
9W2HDR – SAMSUDIN (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2HDZ – NUR HIDAYAH (28.08.2010 - V47)
9W2HHX – ADAM Kuantan (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2HLL – HUZID Alor Setar (10.04.2010 - 9WG318)
9W2HLN – HASLAN
9W2HNF – HANAFI
9W2HSB – HJ SABRI Paka (9M4RAC)
9W2HSE - SABARUDIN (21.12.2010 -9M4RGH)

9W2IBO – PAK IBO Pasir Mas (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2IIZ – PAK AZIZ Jertih (11.09.2010 - 9M4RAC)
9W2IWN – IWAN TAIPING (13.03.2010 - 9WG318)

9W2JAP – PAK JABIDIN Shah Alam (21.04.2010 - 9M4RBC)
9W2JBD – HELMI Tasik Selatan (20.03.2010 - V47)
9W2JIT – PAK JIT (9M4RDA)
9W2JOB – ZAINUDIN (JEFF) (V47)
9W2JQI – MAZUKI Melaka (13.03.2010 - 9WG318)
9W2JQQ – PAK RAZIF (06.03.2010 - V47)
9W2JXR – JUNHAIRI Desa Petaling (16.03.2010 - 9M4RDA)

9W2KEY – ABE KEY (9M4RDA)
9W2KIZ – AZMAN RAWANG
9W2KJG – RIZAL (07.04.2010 - V47)
9W2KTW – SUZILMAN (15.03.2010 - 9M4RDA)

9W2LNK – NIK HASBULLAH (19.03.2010 - 9M4RDA)
9W2LPS – PAK JEMURI Kuala Lipis (9M4RGH)
9W2LST – AZLI (9M4RGH)
9W2LTM – EZAM RAZIF DAMANSARA
9W2LTT – ZUL JERTIH (9M4RAC)
9W2LXN – MAZLAN Melaka (11.04.2010 - 9WG318)

9W2MCX – SHAHRIN Melaka (9WG318)
9W2MEM - MICLE POI KIAT SING Jertih (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2MFI – FAHMY SRI DAMANSARA (07.04.2010 - V47)
9W2MHC – MAHADZER PUTRAJAYA
9W2MHJ – HATTA (06.03.2010 - V47)
9W2MHX – HALIMI MUAR (V47)
9W2MSG – SUHAIMI KLANG
9W2MXX – HAMID JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)

9W2NAK – PAK AWANG JERTIH (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2NDS – NAZRI (05.03.2010 - V47)
9W2NET – AZHARI
9W2NMS – KAMAL SUBANG JAYA (V47)
9W2NSW – NASWAN (V47)
9W2NTT – => 9 M 2 A I R (12.03.2010 - V47)

9W2SPA Contact Stations 2

9W2OKT – HILMI JLN DUTA (9WG318)
9W2OKU – SHAH JLN DUTA (9WG318)
9W2ONK – ONGAH Taiping (16.04.2010 - 9WG318)
9W2OOL – HJ MD AKHIR (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ORE – AZUMI - Seri Gombak (23.01.2011 - V33)

9W2PCO – FAIZAL KLANG (V47)
9W2PDT – PAK DIN Salak Selatan (24.03.2010 - V47)
9W2PGA – JOE KAJANG (V47)
9W2PGQ – ZAM AMPANG (07.03.2010 - V47)
9W2PIA – SUPIAN JERTIH
9W2PIT – CIKGU PiT (V47)
9W2PJU – PJU (05.04.2010 - V47)
9W2PKY - NOOR ZAKI BIN SHAFIE (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2PLG – PAK LANG BERA (V47)
9W2PPH – ISMAIL SUBANG JAYA (30.03.2010 - V47)
9W2PPL – PAK KHALID BESUT (9M4RAC)
9W2PSU – FAROUK (13.03.2010 - V47)
9W2PWL – PAKWIL BESUT (9M4RAC)

9W2RDH – MOHD RAZI (07.10.2010 - V47)
9W2RES – SHAHRIL
9W2RGR – WAK SAPRAN Gombak (10.04.2010 - 9WG318)
9W2RIN – ASRUL
9W2RIQ - PAK AZMI Jertih (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2RKG – (13.03.2010 - 9M4RAC)
9W2RLL – PAKSU LI BESUT (9M4RAC)
9W2RLS – ROSLI
9W2RLW – SHAHRUL – JB (9WG318)
9W2RPQ – RAFIQ GOMBAK (V20)
9W2RSE – ROSEMI Panji (12.09.2010 - 9M4RDA)
9W2RVS – RAZMANI
9W2RXX - ROSYDI Bera (01.01.2011 - V47)

9W2SAQ – ZUL BOTAK (V47)
9W2SCY – HISHAM Bdr Tun Hussein Onn (V47)
9W2SEM – SALLEH JERTIH (9M4RAC)
9W2SEU – NICK (V47)
9W2SEQ – ZAINUDIN SALAK TINGGI (V47)
9W2SLA – FAIZAL KUANTAN (V40)
9W2SMO – WAN SARIFUDIN (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2SSO – SHAHNOOR KLANG GATE (V47)
9W2SYD – SYDINA KB (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2SZR - RIZAL (21.12.2010- 9M4RGH)
9W2SZS – SAMSUL JERTIH (9M4RAC)

9W2TBD – PAK TAIB SEREMBAN (10.03.2010 - NESRAC)
9W2TBJ – FIRDAUS JB (9WG318)
9W2TLJ – IJAT PUCHONG (V47)
9W2TKI – DATO’ ZAKI (V47)
9W2TRS – ROSLAN KB (16.03.2010 - 9M4RDA)
9W2TSE – FENDI (05.03.2010 - V47)
9W2TTX – SHAH TAIPING (9WG318)
9W2TZE – ROMZI SG BESAR (9WG318)

9W2UHF – ASMUDI Sri Gombak (V47)
9W2UMK – PAK Z P/CHEPA (9M4RDA)
9W2UTI – PAK SAYUTI Sg. Besi (V47)
9W2UWR – ANUWAR (28.02.2010 - V47)

9W2VAN – IDZUAN (13.03.2010 - 9WG318)
9W2VIZ – FAUZI MAYBANK Bdr Tun Hussein Onn (V47)
9W2VVH – CIKGU KHUSAIRI Sg. Besar (V47)
9W2VVJ – HALIM (15.03.2010 - 9M4RDA)

9W2WAE – WAN ABDULLAH KB (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2WAM – WAN ABD MAJID (13.03.2010 - 9WG318)
9W2WAX – ERMAN SERI KEMBANGAN (07.03.2010 - V47)
9W2WBB – ABD WAHAB SHAH ALAM (30.08.2010)
9W2WBW – SHAHRIL BDR SRI DAMANSARA (V47)
9W2WMT – ADI WAK (V47)
9W2WMX - ZAMRI (08.10.2010 - V 47)
9W2WNN – WAN Kuarters HKL (24.03.2010 - V47)
9W2WNP – RAFIE Jertih (11.09.2010 - 9M4RAC)
9W2WPC – BADRUL (9WG318)
9W2WPG – BOY (28.02.2010 - V47)
9W2WSS – SUPIAN (18.03.2010 - 9M4RDA)

9W2XCP – PAK AZIZ - IPOH (08.08.2010 - 9WV347)
9W2XSF – SAIFUL - SHAH ALAM (28.08.2010 - V47)
9W2XSL – ROSLI (9WG318)
9W2XSP – SHAH S/ALAM (9WG318)
9W2XSQ – SUWARDI (ADI WAK) (V47)
9W2XSS – CIKGU HALIM PUTRAJAYA (11.03.2010 - V47)
9W2XTO – OTOMEN Desa Petaling (01.04.2010 - V47)
9W2XWX – AZMIR SETAPAK (V47)
9W2XYL – HJ RAHIM (9WG318)

9W2YGC – Cikgu Yoong (12.09.2010 - 9M4RDA)
9W2YON – aYon (14.03.2010 - 9M4RDA)
9W2YOO – ABE AZZ (PUTRA)
9W2YRM – PAK RAJA Sg. Petani (10.04.2010 - 9WG318)
9W2YSF – PAK UCOP (24.03.2010 - V47)
9W2YSP – YUSRI Sg. Petani (10.04.2010 - 9WG318)
9W2YUP – AYOB BDR SRI DAMANSARA (V47)

9W2ZAC – MAT ZIN TAIPING (04.04.2010 - 9WG318)
9W2ZLZ – ZUL DESA MENTARI (07.03.2010 - 9WG318)
9W2ZOX – WAN (07.03.2010 - V47) / ex 9W2BOX
9W2ZPB - MAT DAUD BIN MAMAT (20.12.2010 - 9M4RAC)
9W2ZPU – DIN KOMBAT (10.04.2010 - V47)
9W2ZRO – AZIZI Bdr Mahkota Cheras (V47)
9W2ZWI - ZAWAWI BIN MATHASSAN (03.12.2010 - V47)
9W2ZYD – DR. ZAIDI FORENSICS Cheras Utama (25.09.2010 - V47)
9W2ZZG – MUSTAPA KB (9M4RDA)
9W2ZZO – AZIZUL (18.03.2010 - 9M4RDA)
9W2ZZW – RAJA IBRAHIM (14.03.2010 - 9M4RDA)

9W8FRQ – FIKRI (UIA) (9M4RGH)

9W2KMT – SILENT KEY (kendalian ZAHIR) (9M4RGH)