RAE 2/2009, iaitu ujian untuk mendapatkan lesen radio amatur dah tak berapa lama lagi, dijangkakan pada 16/12/2009. Kalau mengikut surat yang diterima dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC), akan berlangsung bermula jam 1400 hingga 1700 di Hall 1 & 2, Ground Floor, SACC Convention Center di Shah Alam. Debarannya makin terasa, kurang dari 2 minggu lagi, nak kena berjuang di sana, nak kena jawab soalan objektif je sebenarnya, tapi kalau dah nama ujian, mestilah, kalau tak banyak, sikit pun ada debarannya. Walaupun nampak macam senang, ini yang kena berhati-hati, sesuatu yang senang atau mudah cukup cepat terlepas pandang dan diambil ringan.
Untuk persediaan RAE ni, ramai rakan-rakan lokalan V47 yang sedia membantu dan memberi tunjuk ajar, diantaranya Abang Adi (9w2BCT), Abang Man (9w2BMX) disamping rakan-rakan yang lain 9w2UWR, 9w2MHJ, 9w2NDS, 9w2BJT dan ramai lagi, dan yang paling aktif berusaha BOY (9w2WPG) yang mengaturkan rakan-rakan untuk masuk kelas persediaan RAE di Pusat Kokurikulum Wilayah yang dijadualkan pada 12/12/2009. Menarik tarikh tu, lagipun dalam tempoh masa empat hari sebelum SWL menduduki RAE, maka akan tentu sekali akan lebih menyegarkan ingatan tentang modul-modul atau sukatan RAE. Kalau lama sangat, tentu hilang formula-formula atau kaedah-kaedah serta panduan untuk menjawab soalan nanti, maklumlah otak dah berkarat. Juga tak dilupakan Pak Usop (9w2YSF) yang sudi menyedia dan menyiapkan antena MOXON untuk mempastikan rakan-rakan SWL dapat mengikuti revision on the air.
Adalah diharapkan dengan bantuan, sokongan, galakan serta tunjuk ajar rakan-rakan semua, maka didoakan agar dapat menduduki RAE ni dengan bersemangat dan menghasilkan keputusan yang diharapkan, iaitu LULUS dan sekaligus akan melayakkan untuk memohon AA dari MCMC. Dah dapat AA barulah syok, bolehlah memancar untuk QSO dengan rakan-rakan HAM terutamanya di lokalan V47 dan dengan rakan tak kira di mana saja di Malaysia ni.