Pada 05/12/2009, satu team peninjau mewakili adarc47 telah berlepas dari lokalan ke Sg. Pertak, Kuala Kubu Bharu untuk membuat tinjaun kawasan. Team ini terdiri dari Abang Adi (9w2BCT), Abang Zul (9w2SAQ), SWL Hisham dan SWL Ibrahim. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menggunakan pacuan empat roda milik Abang Adi, Land Rover 110 Defender. Sesampai di persimpangan Sg. Pertak, perjalanan melalui laluan di persimpangan dengan agak sempit sejauh 1.3km dan seterusnya melalui laluan sukar sejauh lebih-kurang 1km meredah sungai dengan batuan besar di kiri, kanan dan tengah-tengah laluan serta sedikit pendakian. Meredah laluan sukar ini amat menarik disebabkan kecekapan Abang Adi mengendalikan Land Rover dengan penuh skill, tidak semua pemandu yang dapat menembusi laluan ini jika kurang pengalaman.
Sesampai di lokasi iaitu di kordinat N03'34.131' E101'44.372', terdapat tiga buah kenderaan pacuan empat roda dengan beberapa lelaki yang tidak dikenali telah berada di situ. Setelah bersalam-salaman, diketahui mereka telah bermalam di situ dengan aktiviti riadah. Kami kemudian memilih satu port untuk berehat dan dan seterusnya membuat tinjauan lokasi. Semasa berehat, sempatlah merasi kedinginan air sungai dan menikmati minuman ringan dari sumber air Sungai Pertak yang jernih.
Di bawah ni, bolehlah menyaksikan beberapa keping gambar yang sempat di-upload memandangkan line Celcom Broadband amat slow sangat-sangat.
lokasi menarik sebelum sampai di persimpangan tapak perkhemahan
jurugambar dah turun untuk beraksi (9w2SAQ)
aduh... lenguh... sakit tulang belakang ke Abang Zul? Tapi takpa, balik rumah pekena kopi dit daa...
lokasi yang menarik dengan air sungai yang jernih
geng curut... mereka dah bermalam di lokasi ni, sempat beramah-mesra dan Abang Adi juga memberikan
nasihat cara-cara nak repair generator yang tak mau hidup...
memang jernih airnya...
9w2BCT, pehhh, berapa tan garam kau taruk dalam maggie ni???
9w2SAQ, makan je laaa... kalau tak cukup boleh tambah
9w2SAQ, jurukamera selaku penunjuk-arah, laluan ni tak teruk, kami terlupa pula nak ambil gambar di laluan yang amat sukar dan mendebarkan jantung, dengan batu besar menghalang laluan