Keseronokan berhari raya di kampung hilang serta-merta. Dahlah perjalanan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih 10 jam, dengan kesesakan jalan diantara Kg. Telekong ke Kuala Krai mengambil masa hampir 2 jam (tapi masuk shortcut - nasib baik track ni bro zuree dah buat). Setibanya di rumah di Cheras pada 01/12/2009 lebih kurang jam 12.30 pagi, terasa pelik, kenapa rantai kunci dari dalam rumah terlekat pada pintu, tapi dek kerana kepenatan, tak ambik peduli, lantas diangkut semua barang-barang dari kereta ke dalam rumah.
Setelah selesai, rasanya nak convert track yang sempat dibuat semasa bercuti raya untuk di upload ke Mallfreemaps, bertambahlah lagi koleksi sumbangan track untuk group gps. Masa nilah baru perasan, mana perginya laptop, alamak, rumah kena pecah. Gerammmm, tak dak kerja lain penyamun-penyamun, masa orang bercuti, rumah jadi sasaran, cilaka, laknat, bahlol, apa-apa sajalah yang sesuai untuk depa tu, hidup menyusahkan orang, lebih baik mati saja, aman dunia.
Periksa punya periksa, laptop hilang, lcd monitor samsung 15" hilang, handphone lama nokia 3100 hilang (hp ni memang disimpan untuk kenangan, dah buruk sangat), 3 biji tabung anak kena rembat (ada la syiling sikit-sikit dalam tu), cable usb pun kena kebas. Tapi yang paling teruk, maggi satu paket pun kena sapu, penyamun lapar agaknya, nak tergelak pun ada.
Walau bagaimanapun, sakit di hati terubat jua, nasib baik surat untuk exam RAE-2/2009 tak kena angkut sekali, dapatlah nanti menduduki peperiksaan pada 16/12/2009, minta doa dengan Tuhan semoga lulus. Amin...