Hari ini dalam sejarah, hehehehe. Antenna Collinear 6dB++ dah dinaikkan bermula jam 11 pagi dan selesai jam 1 tengahari. Sebelum ini slimjim homebrew beraksi selama seminggu di atas pole setinggi 20 kaki, setelah diuji pancar dan dibuat perbandingan pada malam tadi, memang menakjubkan collinear yang pada masa itu hanya berada pada kedudukan 10 kaki dari paras bumi menggunakan pole buluh Pak Ucop telah berjaya mengatasi slimjim yang berkedudukan 22 kaki. Sebelum ini diagram untuk collinear ini dah dimuatkan di dalam catatan blog, cuma perubahan ialah panjang bahagian bawah 'hidung' hingga ke bengkokan J berubah dari 66 inci kepada 66.5 inci berserta choke balun 3 lilitan di bawah J. Panjang keseluruhan hampir 10 kaki (115 inci) menggunakan batang paip PVC biru dengan 3 step iaitu 1/2, 3/4 dan 1 inci setiap satunya 4 kaki. Copper rod sebanyak 4 batang digunakan sebagai elemen manakala connector SO-239 menggantikan PL-259.
Selesai sahaja guyed wire diikat, 2 ekor gagak hitam naik bertenggek atas elemen 3/8 wave, nasib baik tiada apa-apa kesan kepada pole dan antenna. Slimjim diturunkan dan disimpan untuk kegunaan projek lain. SWR Collinear ni memang cun iaitu 1:1.1 pada 144MHz manakala 1:1 pada 145-148MHz (juga pada 430-450MHz - wow dual-band).
'feed point' pada jarak 5 inci dari bawah
conector SO-239 setelah di-'hot glue'kan
'choke balun' 5 lilitan dengan cable RG58
Collinear 5/8 bergaya di atas pole 20 kaki
Slimjim homebrew yg berkhidmat selama seminggu direhatkan







