
Hari Ahad 02/05/2010 pagi-pagi duk tunggu nak check-net, tunggu punya tunggu senyap sepi je kat Tranasional Astra, jadi siap-siap cabut ke Mares Club dekat PJ bolehlah cuci mata bersempena ada flea market dan tentu ada yl, hehehe (gatai). Dah sampai sana, tinjau-tinjau, jeling-jeling terdetik pulak kat hati, bagus juga kalau rembat slim jim sebatang, bukan apa selama ni duk pakai antenna homebrew je, dah 4 jenis: Double Moxon, 1/4 wave ground plane, Double Zepp & dipole, apa salahnya kalau cuba yang home-beli pulak. Maka tersebutlah kisah slim jim pun dibeli, terus dengan lajunya balik ke base nak try, ikat kat pole 20 kaki, wow wow wow, rupanya cun antenna home-beli ni rx dan tx meletup-letup. Kalau sebelum ni QSO dengan 9w2GFA (cikgu yang hensem) audionya tak hensem langsung, kini dah meletup 5 9, tu kira baru 20 kaki, adussss ni buat bergetar lagi nak kena tambah ketinggian pole pulak, mungkin dalam 10 kaki lagi untuk tingkatkan kepada 30 kaki.
Persoalannya kenapa saya memilih slim jim? Kalau nak ikutkan banyak lagi antenna base home-beli dalam pasaran. Faktor pertama sekali dari segi kos yang murah, kedua kaedah pemasangan yang mudah dan faktor ketiga, jeng jeng jeng, saya rasa pelik kerana orang-orang lama, senang cerita Abang Adi (9w2BCT) pun gunakan slim jim ni. Jadi pada malam Isnin terkebutalan pula ada eyeball dan dapatlah sembang-sembang sikit dengan Abang Adi pasal antenna slim jim ni. Memang tak dinafikan antenna ni antara yang paling cunlah walaupun Abang Adi ni dah pakai berbagai jenis antenna, sampai yang macam roket tunjuk langit pun dah dibersarakan olehnya. Kalau tengok blog 9w2DI pun saya kagum beliau QRP 0.3 watt dengan antenna slim jim dapat mencapai repeater di Perlis pada jarak 120km.
Emmm, banyak lagi nak kena belajar ni, mungkin dalam 2 minggu lagi Abang Adi nak buat DX-ing kat Nuang, harap-harap saya dapat ikut serta boleh belajar nak setiing HF pulak nak main 10 meter + 11 meter (113MB261 nak ke udara).
