


Puas hati, akhirnya dah berjaya menyiapkan antenna slimjim twinlead 300 ohm. Antenna ni cukup senang nak dibuat, sebagaimana menyahut saranan Abg Amri (9M2RIE), setelah puas mencari akhirnya dapatlah 14 meter cable ni, susah betul nak beli, maklumlah masa ni semua dah pakai Astro, cable yang paling senang nak cari 75ohm. Setelah dipotong ikut ukuran diagram yang diberi, panjang keseluruhan 1.5 meter, 1/4 wave pada 49cm, gam 2cm dan nak tune pada frekuensi 146.000 MHz, cuba ikut slimjim terdahulu 11.3cm, swr mencanak 1:1.4. Setelah puas duk cari, rupa-rupanya berada pada 10.2cm je, tak jauh lari dari diagram, dapatlah bacaan cun-cun 1:1 pada 144.000 - 147.000 MHz, kuasa pancaran yang keluar 4.9 watt, pehhh memang cun. Tetapi pada 148MHz swr 1:1.05, kira oklah tu, mana nak tune lagi, cukup cun. Jadi pada masa akan datang inilah antenna untuk portable, senang dibawa gulung-glung masuk poket, cable RG58 pun cuma 10 kaki je. Test audio dengan Yaesu FT60 di 9WG318 (Astra Tranasional) disahut oleh 9W2TTX pada 0018-0022hrs dan diberi signal report 4 & 8, cuma dapat bersalaman seketika memandangkan beliau di laluan sukar, terima kasih buat Abg Azlan atas signal report. Itupun antenna disangkut atas pokok pisang ketinggian cuma lebih kurang 5 kaki dari paras bumi. Terima kasih juga buat Abg Amri atas galakan, nanti senang rakan-rakan yang suka panjat Gunung Nuang boleh bawa antanna ni lagi cun berbanding telescopic. Slimjim twinlead 300 Ohm 1.5 meter bermaksud RM1.50 + cable RG58 10 kaki RM8 + connector BNC RM4.00, murah je tak sampai RM20 dan yang penting performence kaw kaw punya.