Bersyukur kepada Allah swt, tak semena-mena, selepas sahaja rehat tengahari, sebaik selesai menjamah jamuan nasi briani kambing yang disponsor oleh bos yang telah dinaikkan pangkat, maka gedik-gedik buka pc, sambil-sambil nak buat kerja, tiba-tiba....
Macam tak percaya, keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri 2/2009 dah ada, dengan hati yang berdebar-debar, maka diklik satu persatu sebagaimana yang diarahkan melalui website MCMC, tibalah di ruangan untuk mengisi no. kad pengenalan, ditaip dan disemak satu-persatu,.... tupppp... terteralah akan nasib yang ditakdirkan, macam tak percaya, .... yang penting kat situ dipaparkan seperti berikut:-
Tarikh peperiksaan:16 Disember 2009, Masa peperiksaan:Jam 2.00 Ptg
Sila semak alamat bagi penghantaran Slip keputusan. Sekiranya
ada perubahan, sila hubungi Cik Ida Khairuniah di talian
