Setelah berhempas-pulas dan pening kepala study untuk menduduki RAE, setelah keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak SKMM, maka pada 24/02/2010 merupakan detik bersejarah, AA telah diperolehi dengan callsign 9 Whiskey 2 Sierra Papa Alpha. Apa maksud SPA ni? Macam-macam boleh jadi, biasanya akan memberi pengertian kepada pusat urutan dan seumpamanya, tetapi bagi kakitangan kerajaan tentu sekali akan merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kira oklah tu, taklah sampai terseliuh , tergeliat lidah nak sebut bila QSO nanti.
Seawal jam 8.15 pagi, sampailah di pejabat SKMM di Shah Alam dan segala borang-borang yang berkaitan diserahkan kepada petugas di sana. Menurut petugas tersebut proses pendaftaran dan sebagainya mungkin mengambil masa yang agak lama memandangkan terlalu banyak permohonan telah diterima oleh pihaknya bagi pendaftaran baru. Tetapi, setelah waktu rehat tengahari, AA telah siap. Sebenarnya pada pagi tersebut, 4 sekawan telah menyerbu pejabat SKMM dan kesemuanya dapat AA iaitu 9w2SCY, 9w2SPA, 9w2SEU dan 9w2BHZ. Pilihan callsign 1, 2 & 3 tak dapat, tetapi tak apalah dapat buka SPA, kalau dulu rakan-rakan suruh ambil BRA, orang dah pakai maka buka SPA pun kira ok jugak. Setelah AA digenggam ditangan masing-masing, ingatkan nak kontek perdana dengan rakan lokalan adarc47, tetapi apakan daya disebabkan ada tugasan di luar kawasan terpaksalah hasrat ini dipendam. Jadi keempat-empat stesen ni QSO dan kontek sesama sendiri sahajalah.
Pada hari ini setelah tugasan selesai, maka baliklah ke base, kemudian semasa bermobile di NPE, terdengar rakan lokalan adarc47 sedang QSO, apa lagi cepat-cepatlah masuk Q. Maka terlakarlah sejarah kontek perdana pertama dengan 9w2UWR, 9w2WPG dan 9w2BJT pada jam 1842 - 1900 hrs sebelum mengundur diri bila telah sampai di base.
Untuk rekod, saya diperkenalkan kepada adarc47 oleh 9w2UWR dan seterusnya mengetahui lebih lanjut berkaitan hobi ini menerusi rakan ham adarc47 juga. Tup-tup QSO pertama dengan Biro Penerangan merangkap Timb. Presiden (9w2UWR) dan bapak Presiden (9w2WPG). Lepas tu dapat pula dengan orang api 9w2BJT. Terima kasih buat semua rakan-rakan yang membantu saya sehingga mendapat AA, tak kira samada dari lokalan adarc47 ataupun dari mana sahaja, tak lupa juga buat Pak Nik (9w2PNH). Bagi rakan swl yang baru berjinak-jinak dan dalam proses untuk menduduki RAE, lawatilah laman http://9w2pnh.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat tambahan sebagai persediaan menduduki RAE.
9w2SPA 7 3.




