Hari ini bermula jam 4.30 petang, RV pertama bertempat di BRJ sebanyak 9 stesen telah berkumpul untuk memulakan konvoi untuk menziarahi xyl 9W2BCT di Bandar Teknologi Kajang , iaitu 9w2PGQ, 9w2BJT, 9w2TSE, 9w2WPG, 9w2NDS, 9w2GFA, swl Ibrahim dan 9w2BMX bersama xyl 9w2BMQ. Pergerakan menerusi laluan Taman Bukit Belimbing telah bergabung dengan team kedua di RV kedua di Esso Lebuhraya Kajang iaitu 9m2RIE, 9w2UWR, 9w2JXR, swl Shah dan seterusnya bergabung pula dengan 9w2FJO di Bandar Teknologi. Keseluruhan sebanyak 13 buah kenderaan telah selamat sampai di base 9w2BCT kira-kira jam 5.17 petang.
xyl 9w2BCT telah selamat menjalani pembedahan dan rawatan di SJMC akibat salah satu saraf di bahagian tangan kiri terputus dan alhamdulillah, pada hari ini beliau telah beransur pulih dan diberi cuti sakit selama 2 minggu. Lawatan muhibbah ini berakhir kira-kira jam 6.30 petang dan seterusnya konvoi bergerak balik ke lokalan Alam Damai dan selamat sampai pada jam 7.00 petang.
Ini merupakan aktiviti berkonvoi kali pertama yang saya ikuti, ianya amat menyeronokkan sambil memandu masing-masing berQSO dan sentiasa memberi maklumbalas berkaitan keselamatan para peserta. Dijangkakan pada 23 Januari akan datang, satu lagi aktiviti berkonvoi akan diadakan bersempena dengan majlis pertunangan 9w2TBC. Diharapkan penyertaan dari para rakan lokalan adarc47 akan memeriahkan lagi majlis tersebut, bersesuaian dengan moto adarc47 MESRA DI UDARA, AKRAB DI DARATAN. de 7 3 cherio.
Gambar-gambar sumbangan 9W2FJO
makmum
selamat menjamu selera
9w2BuJaT dan 9w2FJO
hidangan istimewa, ubi kayu rebus & kopi o yang disediakan 9w2BMQ
jangan malu-malu, silakan
team FRU nak buat asap
cameragirls
9w2GFA - Cikgu Firdaus menyakat budak-budak
nak balik dah
9w2PGQ tak habis-habis bercerita