Setelah memiliki Garmin Nuvi200w, saya berminat pula dengan handphone yang memiliki kelebihan ataua kebolehan untuk menggunakan GPS. Saya tercari-cari berbagai jenis dan model telefon, akhirnya saya tertarik dengan Nokia 6110 Navigator. Namun, setelah meneliti dan membuat sedikit kajian, saya dapati terdapat model baru dalam keluarga Nokia yang dilihat lebih baik untuk penggunaan GPS, Nokia Navigator 6210.
Saya memilih Nokia 6210 disebabkan ianya merupakan keluaran terbaru dengan skrin yang lebih besar, 2.4 inci berbanding Nokia 6110 hanya berskrin 2.2 inci.
Saya juga dapati ramai pengguna telefon jenama Nokia dengan model lain seperti N95 dan N82 juga menggunakan GPS. Satu lagi model telefon Nokia yang menarik untuk penggunaan GPS ialah 5800. Berbeza dengan model-model Nokia yang lain, model 5800 lebih menarik sekiranya digunakan sebagai GPS memandangkan skrinnya lebih lebar dan dengan fungsi touch screen. Jika sekiranya pengguna ingin mendapatkan paparan yang lebih luar/lebar, model N82 atau 5800 memberikan jawapannya dengan bantuan skrin external, sambungan menerusi AV cable dari hanphone ke skrin membolehkan paparan peta di skrin tersebut.
Perbandingan yang ketara diantara Garmin Nuvi200w dengan Nokia Navigator 6210 ialah dari segi kepantasan penerimaan isyarat satelit GPS. Tempoh untuk lock satelit bagi Nuvi memang pantas, kurang dari 15 saat manakala 6210 memerlukan tempoh sehingga 2 minit tanpa bantuan a-GPS. Sekiranya fungsi a-GPS diaktifkan, 6210 mampu untuk lock satelit dalm masa kurang dari 30 saat, tapi mmmm, kena perabis duit sikit untuk charge gprs, bukan kedekut, dah ada servise free buat apa nak perabis duit pula, hehe.
Pengalaman menggunakan bantuan GPS dalam menentukan perjalanan memang menyeronokkan. Saya mula menggunakan GPS sekitar bulan Oktober 2008 iaitu Nuvi200w. Pada waktu tersebut, harganya memang hampir mencecah RM1000 dan model ini yang rasanya yang mampu dimiliki. Sebelum ini, GPS hanya sekadar bahan atau alat yang tak terfikir untuk saya miliki. Pada masa itu juga, masalah yang dihadapi ialah bagi mendapatkan data maps terbaru. Kalau ke kedai, harganya memang mahal, setelah melayari internet, saya terjumpa 2 forum di Malaysia yang berkaitan GPS. Jadi dari segi data maps dah tak jadi masalah sebab kedua-dua group ini memberi perkhidmatan muat turun data maps secara percuma iaitu MFM (My ASEAN Free GPS Map Project) dan MSM (Malsingmaps.com). Jadi terpulang kepada anda untuk memilih data maps mana untuk digunakan di dalam peralatan GPS. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Saya menggunakan MFM untuk Nuvi manakala MSM untuk Nokia 6210.
Setelah saya terjerumus dengan kegilaan atau hobi berGPS ni, timbul pula minat baru setelah terdapat kawasan di mana jalannya tiada di dalam data maps. Setelah mencari dan menyelidik, terdapat jenama Garmin juga yang mampu untuk membuat catatan track (atau lebih tepat lagi 1 second traclogs). Jika dilihat diantara peralatan yang bersesuaian ialah Garmin GPSmaps60CSx, tapi, fuyyoooo, harganya hampir mencecah RM2,000. Menerusi rakan-rakan di mfm, saya didedahkan pula cara-cara untuk membolehkan Nuvi200w diaktifkan fungsi hidden tracklogs, maka selamat $$$$$. Bermula dari masa itu saya telah menyumbangkan sedikit tracklogs untuk kegunaan seluruh warga forum, tetapi kepuasan sebenarnya apabila setiap sumbangan kita itu diterjemahkan menerusi data maps yang dikeluarkan pada kebiasaannya setiap minggu pada hari Isnin. Terima kasih kepada semua warga mfm, terutamanya mapper seperti sunn, sharkteef, duke dan ramai lagi.
Adalah tidak dinafikan, keadaan jalan dan pembangunan pesat di negara kita telah menyebabkan banyak perubahan kepada laluan-laluan ke sesuatu tempat. Sekiranya direnungkan kembali suatu masa dahulu, jika kita hendak ke sesuatu destinasi, kita perlu bertanya kepada seseorang yang kadangkala tidak membantu dan mungkin lebih menyesatkan kita lagi manakala penggunakan peta pula bukannya satu cara yang mudah kerana untuk ke sesuatu tempat, peta-peta jalan yang perlu digunakan adalah berbeza-beza.
Sebelum terlanjur bercerita panjang lebar, tahukah anda apakah GPS? GPS (Global Positioning System) adalah satu teknologi yang memungkinkan seseorang mengetahui dimana letak posisinya di peta yang ada dalam database GPS tersebut. GPS juga dapat membantu seseorang sampai ke tempat tujuan tanpa mengenal tempat tujuan tersebut, asalkan tempat tersebut sudah ada dalam database GPS.
Fungsi utama GPS adalah bagi menandakan posisi yang unik yang akhirnya boleh dikembangkan beberapa fungsi baru seperti kompas, jalur perjalanan, penunjuk arah ke lokasi tertentu, penghitung jarak dan lain-lainnya yang berhubungan dengan navigasi.
GPS berhubungan langsung dengan satelit dan pada masa kini terdapat sekitar 30 buah satelit GPS dan mempunyai 6 lintasan satelit sehingga seluruh kawasan dapat liputan dalam tempoh 24 jam sepanjang tahun. Untuk dapat menampilkan data 2 demensi (2D) sebuah GPS seharusnya menangkap minima 3 signal satelit sedangan untuk data 3 dimensi (3D) memerlukan minima 4 signal satelit.
GPS bekerja pada gelombang UHF dan mampu menembus kaca, awan dan plastik. Bangunan, pokok-pokok dan benda-benda padat lainnya pula akan menghalang penerimaan isyarat GPS dari satelit. Jumlah isyarat satelit yang diterima oleh GPS juga mempengaruhi ketepatan koordinat. Keadaan cuaca buruk juga mempengaruhi penerimaan isyarat satelit ini, contohnya keadaan berawan tebal semasa hujan dan sebagainya.
Beberapa peralatan GPS yang terkenal antaranya yang dikeluarkan oleh Garmin seperti Nuvi, Zumo, GPSMaps dan banyak lagi. Lain-lain jenama GPS seperti PapaGo, MapKing, Mio, TomTom dan Goozee (macam bang nUWaR pakai).
Terdapat handphone yang telah menggunakan teknologi ini, contohnya Nokia N82, N95, 5800 dan Nokia 6110 Navigator ataupun 6210 serta PDA seperti Asus. Bagi penggunaan GPS melalui handphone, kebanyakan pengguna akan menggunakan Garmin Mobile XT (GMXT).
Penggunaan GPS melalui handphone amat terhad dari segi penerimaan isyarat satelit. Oleh itu, kebanyakan handphone mempunyai fungsi A-GPS iaitu Assisted GPS. Ianya berfungsi seperti starter bagi mempercepatkan isyarat satelit diterima oleh handphone. Tetapi perlu diingat, apabila fungsi A-GPS diaktifkan, sedikit cas penggunaan gprs menerusi penyedia perkhidmatan talian akan dikenakan.
Menerusi forum mfm juga saya telah terjebak dengan tambahan aktiviti baru (walaupun sebenarnya dah lama), main radio amatur pula, itulah ceritanya.



