Masalah, masalah, masalah... apa masalah? masalahnya pasal antenna. pasal apa dengan antenna? masalahnya, antenna MC101s dan cedera. Sedih sungguh, hujungnya dah jadi tajam, boleh buat cucuk sate. Kenapa? Pasal panjang sangat. Aikkk, panjangkan bagus, power. Hampeh, power memang power, tapi masalah. Mende ni dah mengarut? Bukan mengarut, tapi sungguh-sungguh, masalah, duk KL ni banyak tempat terutamanya kawasan parking basement, masalah. Aikkk..., masalah lagi. Memang bermasalah, antenna sangkut kat bumbung, dah jadi tajam, terpaksa pakai bandage, kesian MC101s, dah cedera nasib baik tadak darah.
Dah tiga minggu duk tercari-cari antenna yang sesuai dengan keadaan persekitaran KL ni, cari punya cari, selidik punya selidik, terjumpa satu atenna yang rasanya sesuai sekali, tapi masa pula tak mengizinkan, masalah lagi, maka dipendamkan dulu hasrat tu. Kalau diikutkan rakan-rakan hams-ter lokalan adarc47 majoriti panjang-panjang, ekkk, maksudnya antena yang diorang pasang kat kereta, jangan salah faham. Pasal apa? Pasalnya dapat TX dan RX lebih jauh, itu aje sebenarnya. Tapi difikirkan pula, masalah yang bakal melanda, ada yang terkepak, terpatah dan ter-sebagainya bila melalui tempat rendah. Masalah, masalah... Kalau dah jadik macam tu, hodoh jadinya antenna tu.
Jadi, petang semalam berkesempatanlah mencari antenna baru, Diamond M150GSA jadi pilihan, pendeknya bukan sedikit, tapi banyak, lebih kurang 1/3 je dari MC101s. Setelah berjumpa dengan tokey OneCommunication kat Puchong, Bro Lan, mula-mula tu tertarik dengan M285, tapi telek punya telek, buat apa nak yang panjang lagi, nanti masalah tak selesai. Sambar je la M150GSA tu. Lepas tu terus pasang kat kereta, jalan-jalan, pusing-pusing area KL sampai Putrajaya, aiiii..., cantik juga RX tadak masalah. Masa duk sembang dengan mamat ni, masalah lagi, masa tak mengizinkan, seronok juga dapat dengar pandangan tokey radio berkaitan barang-barang radio. Tapi tak apa, kalau ada masa dan kelapangan, boleh pi cari lagi, bukan senang nak cari peniaga yang sanggup habiskan masa berharga mereka ni nak bagi penerangan satu persatu satu samapi kita puas hati.
Masa kat Putrajaya terdengar audio Boy, Otoman dan NTT dalam proses nak selesaikan masalah diaorang pula yang tengah bagi khidmat Fardhu Kifayah dalam Night Marathon, mula-mula rasa nak panggil tapi setelah fikir-fikir tak naklah ganggu, jadi monitor sajalah.

Dah selesai masalah balik base, baru nak parking terdengar pula CQ... CQ... CQ..., alamak UWR duk mencari-cari kawan rupanya. Pasal apa, dia kesunyian, maklumlah ditinggalkan xylnya yang pi dinner dan ramai hams-ter tiada di lokalan. Jadi sambutlah panggilan bang Nuwar ni. Dah QSO tak pasal-pasal pulak terpukat dengan TSE dan BJT, jadi dengan laju dan berdesupnya bergegas ke Was Here.
Sesampai sahaja di sana, maka berceritalah berbagai hal dan masalah sampai tengah malam, pasal apa, pasal ROKOK SEBATANG. Lama tak eyeball pekena rokok sebatang, seronok juga, maklumlah dalam 3 minggu kebelakangan agak qrl dengan tugasan. Maka berkumpullah TSE, BJT, GFA, UWR dan swl Farouk (baru balik balik kerja terowong SMART). Cerita terbarunya, Cikgu Firdaus (GFA) dah ada rig baru, all band all mode rupanya, tapi masalah juga, antenna belum ada, nak kena tunggu Chief Rokok Sebatang (BCT) bagi bantuan teknikal dan tenaga pula. Tak apa, ada kemajuan, tapi dengar harga rig baru tu nak complete dengan segala macam aksesorinya, woyoooo, dekat lima ribu ringgit Malaysia, bukan rupiah, bukan rupee dan bukan juga peso mahupun bath, tu diaaaa. Tapi tak apa GFA baru jadi pemenang tempat kedua ARDF kat JB, dia tengah seronok, habis duit pun tak apa, janji barang yang nak dah dapat.
Untuk Chief, yang tak lama akan sampai ke penghujung karier perkhidmatan dengan ATM, tentu kita akan berbangga yang mana akan tertera pada namanya Mej. (B) Aswadinorman, hehehe, tapi sebelum itu diucapkan semoga berjaya menawan puncak Gunung Tahan, yang dah tak tertahan, petang semalampun Chief masih buat latihan lagi, mendaki Gunug Nuang sebagai persiapan yang tak tertahan dijangkakan semasa musim cuti perayaan Tahun Baru Cina. Orangynya memang jenis yang positif dan optimis, apa sahaja perkara, tak dak masalah, tak dak masalah, kita buat macam ni, kita buat macam tu, memang patut dicontohi sikapnya itu. Ingat, positif dan optimis.

Berbalik kepada cerita malasah asal pasal antenna, selesai sudah masalahnya, jadi diuploadkan gambar di sini sebagai kenang-kenangan.